Khamis, 28 Jun 2012

Jubah Plus Size Bermanik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami di Plus Size Cantik menyediakan jubah dengan design manik yang ekslusif di pergelangan tangan dan pada bahagian depan busana. Saiz dan harga dipaparkan pada setiap baju untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Setiap jubah adalah unik, bermakna tiada yang akan memakai jubah yang sama dengan anda!  Kain dibeli meter dari Jakel, jenis agak berat dan elastik (kain stretchable), bahan import dari korea, tetapi tidak panas.  Kebanyakannya, sulaman hanya difokuskan pada hujung tangan. Kami berhubung terus dengan penyulam dan tukang jahit dari bengkel jahitan di Kelantan, yang menolong para surirumah di kampung menambah pendapatan keluarga.

Sekiranya anda mempunyai kain atau baju yang hendak dijahit atau disulamkan, boleh juga menghubungi kami.